TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Cubaan 'orang minyak' bogel pecah rumah gagal di Klang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 JULAI - Tular video di media sosial seorang lelaki tidak berpakaian dipercayai ingin memecah masuk sebuah rumah gagal apabila ditangkap orang ramai.

Menerusi video rakaman Fahrool Anwar Kam di media sosial, individu itu dilihat berjalan di atas bumbung rumah tanpa sebarang pakaian sebelum bertindak untuk duduk diam selepas tertangkap.

Penduduk di kawasan tersebut terpaksa memanggil pihak bomba untuk menurunkan suspek sebelum ditahan pihak polis sebaik sahaja kakinya menjejak tanah.

Menurut Fahrool, insiden itu dipercayai berlaku di Taman Sri Andalas, Klang awal pagi tadi.

Ketika artikel ini ditulis masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.

+ - reset