TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Kelibat Najib Razak di LRT3 Shah Alam?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 JULAI - Tular di media sosial seorang pengguna tampil bersama lebih puluhan individu hadir ke Stesen LRT Sri Andalas bagi menyatakan sokongan dan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas usahanya memulakan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) pada 2015.

Pengguna media sosial, @mrjman_united menyatakan perhimpuanan kecil itu dibuat sempena mengenang jasai dan bakti Datuk Seri Najib Razak meskipun beliau bukan lagi pemimpin negara.

"Saya dari zaman Dato Sri Najib, LRT Sri Andalas-Persiaran Dato Menteri sempena mengenang jasa dan bakti Dato Sri Najib, kerana beliau wujudnya 
LRT3 laluan Shah Alam.Terima Kasih DSN
Semoga Dato Sri Najib sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT."

Namun apa yang lebih menarik, pengguna itu turut membawa gambar bersaiz manusia Najib Razak sambil diikuti kumpulan kecil yang memakai topeng muka bekas Perdana Menteri tersebut.

Malah dalam rakaman video lain, sebuah gerabak tren berkenaan turut dipenuhi orang ramai yang memakai topeng Najib Razak.

Bagaimanapun orang ramai di ruangan komen menghentam tindakan kumpulan itu kerana mengagung-agungkan Najib yang didapati bersalah menyeleweng duit kerajaan menerusi 1MDB.

Baru-baru ini, Najib menjalani satu prosedur perubatan bagi membuang plak yang terdapat berhampiran saluran darah.

+ - reset