Berita Viral
Dataran Pahlawan jadi tempat pembiakan nyamuk, Netizen persoal tahap penyelenggaraan
Oleh AZIM SAID
MELAKA 20 Julai – Isu kebersihan di sekitar Dataran Pahlawan kembali menjadi perhatian selepas satu hantaran di media sosial yang memaparkan keadaan air bertakung serta didakwa mempunyai jentik-jentik tular dalam kalangan pengguna internet.
Menerusi hantaran di media sosial oleh pengguna fathurrahman_bahrum, rakaman keadaan kawasan berkenaan mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meluahkan kebimbangan terhadap tahap penyelenggaraan lokasi tumpuan awam itu.
Antara komen yang menarik perhatian, pengguna byzuerazainol mendakwa beberapa kemudahan awam di kawasan tersebut turut kurang memuaskan.
“Tandas kemain busuk bau. Nak ke sebelah Panda Eyes tu. Penghawa dingin masuk sana sini kemain panas. Padahal ok je jenama-jenama kedai yang ada.
"Cuma tak jaga dia punya kemudahan. Surau, tandas, pendingin hawa haukkk. Cuba tengok AEON. Serba selesa sebab tu jadi tempat tumpuan,"katanya.
Sementara itu, pengguna rairyrai turut mempersoalkan keadaan keseluruhan kawasan berkenaan.
“Bukan kawasan ni je tak diselenggara, hampir semua pun tak terjaga," tulisnya.
Ada juga pengguna, imma957 yang menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan susulan terhadap isu tersebut.
“Jangan buang video ni. Harap KKM saman la shopping mall ni. Dengan rumah rakyat biasa satu jentik-jentik kena denda RM500,” komennya
Hantaran berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada netizen menyifatkan keadaan itu mencerminkan imej kurang baik bagi sebuah kawasan tumpuan.
Bagaimanapun, dakwaan berkaitan pembiakan nyamuk dan keadaan kebersihan tersebut memerlukan pemeriksaan pihak berkuasa bagi pengesahan lanjut.
Dalam perkembangan sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun rasmi media sosial memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.
“Salam sejahtera tuan, terima kasih atas makluman. Kami telah membuat siasatan dan tindakan susulan telah dibuat untuk isu ini. Boleh rujuk profail kami untuk laporan penuh,” menurut komen KKM.
Orang ramai berharap pihak pengurusan atau agensi bertanggungjawab dapat menjalankan pemeriksaan serta kerja pembersihan bagi memastikan kawasan tumpuan awam itu berada dalam keadaan baik dan selamat dikunjungi.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 11:11 am
'Macam normal je', pengawal keselamatan disamun senjata api depan orang ramai di Klang
July 20, 2026, 5:45 pm
Kelibat Najib Razak di LRT3 Shah Alam?
July 20, 2026, 10:50 am
Cubaan 'orang minyak' bogel pecah rumah gagal di Klang
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
