Berita Viral
'Mak bapak saya orang biasa je', jawapan selamba Jebat Jayden curi tumpuan netizen lepas disuruh solat di masjid
KUALA LUMPUR 20 JULAI - Gelagat comel anak pasangan selebriti popular, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas video perbualannya bersama ibunya tular di media sosial.
Dalam video tersebut, Jebat dilihat cuba menegaskan pendiriannya apabila diminta oleh ibunya untuk menunaikan solat di masjid.
Dengan gaya bersahaja dan tenang, kanak-kanak itu menjawab, "Bagus tak payah pergi masjid, solat dekat rumah lagi bagus," sambil memegang mainan di tangannya.
Tidak terhenti di situ, apabila diajukan soalan tentang ibu bapanya yang merupakan selebriti, Jebat memberikan jawapan yang cukup bersahaja: "Mak bapak saya orang biasa je."
Respons selamba Jebat itu bukan sahaja mengundang tawa netizen yang melihatnya sebagai seorang kanak-kanak yang bijak dan berani menyuarakan pandangan, malah telatah spontan tersebut meraih pujian ramai kerana sifat jujurnya yang menghiburkan.
Sehingga kini, video tersebut terus menjadi bualan ramai, membuktikan bahawa Jebat sememangnya memiliki 'karisma' tersendiri yang mampu menghiburkan pengikut setianya di media sosial.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 11:11 am
'Macam normal je', pengawal keselamatan disamun senjata api depan orang ramai di Klang
July 20, 2026, 5:45 pm
Kelibat Najib Razak di LRT3 Shah Alam?
July 20, 2026, 3:20 pm
Dataran Pahlawan jadi tempat pembiakan nyamuk, Netizen persoal tahap penyelenggaraan
July 20, 2026, 10:50 am
Cubaan 'orang minyak' bogel pecah rumah gagal di Klang
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
