Berita Viral
'Macam normal je', pengawal keselamatan disamun senjata api depan orang ramai di Klang
KUALA LUMPUR 21 JULAI - Tular di media sosial rakaman video seorang individu memakai helmet dipercayai menyamun senjata api dari pengawal keselamatan.
Rakaman itu sempat dirakam oleh individu yang berada dekat dengan lokasi kejadian sambil mendakwa ia dipercayai berlaku di Klang.
Dalam insiden tersebut, suspek merampas senjata api jenis 'pump gun' daripada pengawal keselamatan lalu mengacukan pistol ke arah mangsa.
Tidak takut dengan keadaan di kawasan awam, suspek dengan bersahaja jalan meninggalkan mangsa lalu bergerak ke motosikalnya.
Namun begitu, orang ramai mempersoalkan tindakan pengawal keselamatan tersebut sambil menambah mana rakan-rakan yang lain.
"Macam bagi sahaja, samun apa benda," kata Mykuza Legacy.
"Pergh macam itu sahaja, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Macam normal sahaja," ujar Firdaus Zamani.
"Biasa bukan dalam van itu pun ada lagi dua orang bersenjata ke? Ini kalau polis jumpa tembak terus atau tangkap sahaja," jelas Ali Kutek.
Sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 3:46 pm
'Risiko sawan jangka panjang', pelajar dibuli hingga retak tengkorak alami cedera parah
July 20, 2026, 5:45 pm
Kelibat Najib Razak di LRT3 Shah Alam?
July 20, 2026, 3:20 pm
Dataran Pahlawan jadi tempat pembiakan nyamuk, Netizen persoal tahap penyelenggaraan
July 20, 2026, 10:50 am
Cubaan 'orang minyak' bogel pecah rumah gagal di Klang
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
