Berita Viral
'Risiko sawan jangka panjang', pelajar dibuli hingga retak tengkorak alami cedera parah
KUALA LUMPUR 21 JULAI – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas berhubung kes buli membabitkan seorang remaja yang mendakwa dipukul empat pelajar sehingga mengalami kecederaan fizikal yang amat serius.
Kejadian berkenaan tular di media sosial selepas ibu saudara mangsa meluahkan kekecewaan dan mendedahkan bahawa anak saudaranya disahkan mengalami keretakan pada bahagian tengkorak serta pendarahan dalaman di kepala, hidung dan telinga.
Beliau turut menegaskan bahawa kecederaan parah itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana mangsa kini berdepan risiko mengalami sawan untuk tempoh jangka panjang, selain berharap kesemua pelaku dikenakan hukuman setimpal.
Perkongsian itu mencetuskan gelombang simpati dan kemarahan orang ramai yang mendesak agar siasatan menyeluruh dilakukan demi menjamin keselamatan serta keadilan buat mangsa.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, yang menyifatkan tindakan suspek sebagai melampau dan menggesa pihak polis segera menahan mereka.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa mangsa supaya membuat laporan kepada Tribunal AntiBuli bagi membolehkan kes itu dibawa ke mahkamah khas, di samping menegaskan bahawa beliau sedia membantu menghubungi Ketua Pengarah tribunal berkenaan jika berdepan sebarang masalah.
Dr. Asyraf juga mendesak Kementerian Pendidikan agar mengambil langkah tegas menerusi pendekatan kesedaran
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan identiti atau gambar kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes tersebut.
Langkah berkenaan penting bagi melindungi privasi serta keselamatan semua pihak sepanjang siasatan rasmi dijalankan.
Berita berkaitan
July 21, 2026, 11:11 am
'Macam normal je', pengawal keselamatan disamun senjata api depan orang ramai di Klang
July 20, 2026, 5:45 pm
Kelibat Najib Razak di LRT3 Shah Alam?
July 20, 2026, 3:20 pm
Dataran Pahlawan jadi tempat pembiakan nyamuk, Netizen persoal tahap penyelenggaraan
July 20, 2026, 10:50 am
Cubaan 'orang minyak' bogel pecah rumah gagal di Klang
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
