Berita Viral
Penyamun terajang warga emas masa pecah masuk rumah di Lenggong
KUALA LUMPUR 22 JULAI - Tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila dua orang perompak memecah masuk rumah seorang warga asing dipercayai berlaku di Lenggong, Perak pada Selasa.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada awal pagi Selasa itu memperlihatkan tindakan kejam dua orang lelaki selepas menendang kuat seorang warga emas sehingga tersembam di atas lantai.
Menurut cucunya, Tan Yew Sam, neneknya telah mengalami kecederaan dan kini sedang trauma selepas insiden yang berlaku tersebut.
Selepas melakukan rompakan dua orang suspek itu melarikan diri dengan menggunakan kenderaan Mazda berwarna hitam dengan no pendaftaran VMG 9433.
Yew Sam turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan ibu bapa yang tinggal bersendirian supaya mengingatkan pintu dan tingkap sentiasa dikunci.
Menurutnya lagi, laporan polis telah dibuat dan kini sedang melakukan siasatan berhubung kes tersebut.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
