Berita Viral
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
KUALA LUMPUR 23 JULAI - "Penatlah banyak sangat kes 'patient' (pesakit) lari bayar."
Itulah luahan seorang individu selepas dua orang pesakit bertindak melarikan diri dengan bersahaja selepas menerima rawatan di sebuah klinik semalam.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasangan lelaki dan wanita itu dengan bersahaja meninggalkan klinik dengan alasan tidak tahan sejuk.
"Kronologinya, pesakit ini kena asma dan meminta untuk diberikan rawatan neb (nebulizer) sebab dah sesak nafas tapi lepas dah diberikan rawatan, patient minta keluar sekejap sebab tak tahan sejuk."
Selepas meminta untuk keluar kedua-dua individu itu melarikan namun begitu mereka didakwa sudah berbincang lebih awal melakukan perkara tersebut.
Menelusuri ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan dua individu itu kerana boleh menyebabkan lebih banyak klinik tidak percaya dengan pesakit.
"Alamak kami suami isteri memang selalu macam ini tapi sebab hantar anak-anak masuk kereta dulu, selepas itu suami masuk balik untuk bayar. Jangan sebabkan benda-benda macam ini beri kesan dekat orang lain," kata seorang pengguna.
"Tempat kerja saya dulu banyak kes macam ini, selepas dari itu pengurusan ambil tindakan setiap kali pendaftaran perlu deposit RM 200," ujar pengguna lain.
"Daftar pakai kad pengenalan, jadi ada maklumat alamat, tapi tengok rupa dua-dua macam tak mandi," jelas seorang lagi pengguna.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 23, 2026, 10:28 am
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
July 22, 2026, 6:01 pm
