TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID 

PUCHONG 24 Julai - Satu hantaran di media sosial menjadi tular selepas seorang pengguna mendakwa sekumpulan pendatang asing sering berkumpul di kawasan awam berhampiran sebuah perumahan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.

Menerusi perkongsian, pihak terbabit didakwa menjalankan aktiviti menjual sirih selain berkumpul untuk minum-minum di Sri Begonia Bandar Puteri Puchong.

Hantaran itu turut memaparkan beberapa individu dewasa bersama kanak-kanak berada di kawasan lapang berhampiran kediaman. Perkongsian tersebut menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada pengguna media sosial yang memberikan pelbagai reaksi.

Sebahagian netizen meluahkan kebimbangan sekiranya kawasan awam berkenaan digunakan tanpa kawalan, manakala ada juga yang meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan sebenar.

Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu. Pengguna mandywss menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya terdapat isu berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Ini ke yang kita nak cucu-cicit kita membesar tengok? Kita makin mundur, tempat pun nampak tak cantik, kotor dan sakit mata tengok. 

"Tolonglah, bersihkan semua PATI ni. Cukuplah benda macam ni, hentikanlah. 2027 bebas PATI,” tulisnya.

Sementara itu, pengguna ariffsofiaandco berpendapat isu berkaitan warga asing perlu diberikan perhatian oleh masyarakat.

“Rakyat Malaysia kena mengamuk agaknya baru boleh selesai isu warga asing ni,” komennya 

Dalam pada itu, pengguna zainariyah turut meluahkan pandangan mengenai isu berkenaan dengan mengaitkannya dengan sejarah perjuangan tokoh terdahulu.

“Penat-penat Dato Bahaman, Tok Janggut pertahankan negara dari dijajah. Hmmm anak cucu cicit buka negara untuk orang luar dengan sewenangnye," katanya.

Setakat ini, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dapat dipastikan. Pihak berkaitan juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

+ - reset