Berita Viral
Lelaki lari dimaki wanita lepas gesel kemaluan dalam LRT
KUALA LUMPUR 22 JULAI - Tular seorang wanita dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual oleh individu tidak dikenali ketika berada di dalam tren LRT semalam.
Menurut Syaaznieali, individu itu telah mengesel kemaluannya pada badan mangsa semasa tren LRT di stesen Abdullah Hukum sekali gus menyebabkan dia mengalami trauma.
"Trauma semalam tak hilang lagi. Semalam sampai tak boleh tidur, saya siap mengemas sampai 2 pagi. Pagi ini buat keputusan tak naik LRT dah."
Tambahnya lagi, selepas tindakan lelaki itu dia terus mengherdik suspek dan sempat merakam tindakan individu tersebut lari meninggalkan tren ketika berhenti di stesen KL Sentral.
Syaaznieali turut mengingatkan wanita-wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati jikalau menaiki LRT laluan Kelana Jaya.
"Perempuan yang naik LRT laluan Kelana Jaya hati-hati kalau ternampak lelaki ini. Semalam dekat Abdullah Hukum dia gesel (kemaluan) dekat badan saya. Selepas saya maki dia terus lari turun stesen KL Sentral."
Menyelusuri ruangan komen, pihak Rapid KL telah menghubungi wanita itu bagi mendapatkan maklum balas atas insiden tersebut.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 5:24 pm
Subuh-subuh masuk premis, Kelibat lelaki pecah masuk kedai di Pulai dirakam CCTV
July 24, 2026, 5:18 pm
Tular lelaki tengking warga emas, netizen elak komen faham 'burnout' jaga ibu bapa tua
July 24, 2026, 2:54 pm
'Nasib sempat brek’ — Dashcam wanita rakam detik cemas kanak-kanak cuba melintas jalan
July 24, 2026, 10:50 am
Pendatang asing didakwa berniaga sirih, berkumpul minum di tempat awam cetus kebimbangan netizen
July 23, 2026, 7:38 pm
Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji
July 23, 2026, 3:53 pm
Pesakit sesak nafas lari dari bayar lepas dapat rawatan dari klinik
July 23, 2026, 11:51 am
Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif
July 23, 2026, 11:16 am
Rawatan dah diberi, pesakit asma didakwa ‘lesap’ sebelum buat bayaran di klinik swasta
July 22, 2026, 6:01 pm
