TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Cucu jadi hero bantu datuk pitam depan lif

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Naluri kecekalan seorang kanak-kanak menjadi penyelamat selepas datuknya tiba-tiba pitam ketika dalam perjalanan menghantar cucunya itu ke sekolah, baru-baru ini.

Dalam kejadian cemas berkenaan, tindakan pantas kanak-kanak itu yang tidak panik sebaliknya terus berlari memaklumkan perkara tersebut kepada neneknya dalam memastikan warga emas itu menerima bantuan segera.

Klip video rakaman insiden tersebut yang dimuat naik oleh anak mangsa di media sosial tular serta-merta, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga net.

Selain dihujani doa agar warga emas berkenaan diberikan kesembuhan, hantaran itu turut menarik perhatian ramai sehingga timbul desas-desus dan andaian negatif. 

Segelintir netizen mendakwa ahli keluarga tergamak "memaksa" warga emas berkenaan menguruskan urusan harian cucu walaupun pada usia yang sudah lanjut.

Menjawab dakwaan itu, anak kepada warga emas berkenaan tampil menjelaskan bahawa tindakan bapanya menghantar cucu ke sekolah adalah atas dasar kasih sayang dan kerelaannya sendiri, bukannya dipaksa seperti yang ditohmah sebahagian netizen.

+ - reset