TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tegur anjing buang najis depan sekolah, penduduk dakwa diacu dengan gergaji

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR 23 Julai – Seorang penduduk di Taman Sentul Impian mendakwa berdepan situasi mencemaskan selepas menegur seorang wanita warga emas yang didakwa sering membawa anjingnya membuang najis berhampiran kawasan sekolah di perumahan berkenaan.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial, penduduk itu mendakwa wanita tersebut kerap membawa anjingnya berjalan di sekitar taman dan membiarkan haiwan berkenaan membuang najis berhampiran pintu masuk sebuah sekolah.

Menurut dakwaan tersebut, kawasan berkenaan menjadi perhatian penduduk kerana terdapat dua buah sekolah berasaskan Islam di sekitar lokasi itu dan keadaan najis anjing yang dikatakan berulang kali berlaku berhampiran pagar sekolah menimbulkan rasa kurang selesa.

Dalam kejadian yang dikongsikan, penduduk terbabit memaklumkan dia telah menegur wanita itu supaya tidak membiarkan anjingnya membuang najis di hadapan sekolah kerana faktor kebersihan dan bau yang kurang menyenangkan.

Bagaimanapun, teguran itu didakwa mencetuskan pertengkaran apabila wanita tersebut dikatakan bertindak menunjukkan gergaji yang dibawanya kepada penduduk berkenaan.

Lebih membimbangkan, kejadian itu didakwa berlaku di hadapan anak penduduk tersebut yang berusia enam tahun.

Penduduk berkenaan kemudian meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menyifatkan tindakan menunjukkan objek berkenaan sebagai sesuatu yang boleh menimbulkan ketakutan serta kebimbangan keselamatan.

Orang ramai yang mengulas perkongsian berkenaan turut meluahkan kebimbangan terhadap dakwaan tindakan menunjukkan objek dipercayai gergaji ketika berlaku pertikaian antara penduduk.

Pengguna Oshen Oshen menggesa supaya tindakan sewajarnya diambil sekiranya dakwaan berkenaan benar berlaku.

“ikutkan jalan-jalan bawa senjata tu pun dah tak boleh, kalau buat laporan boleh kena tangkap tu," komennya.

Pengguna Man Toya pula mencadangkan supaya laporan polis dibuat berikutan dakwaan kewujudan rakaman video berkaitan kejadian tersebut. 

“Lapor polis, dia boleh kena dakwa, video dah ada ngam sangat dah tu," jelasnya.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut. 

+ - reset