Berita Berita
Idris Jala disahkan hidap kanser paru-paru tahap tiga
PETALING JAYA 24 Julai – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga selepas menjalani pemeriksaan perubatan rutin.
Pendedahan mengenai keadaan kesihatan tokoh korporat berusia 67 tahun itu dibuat menerusi episod audio siar (podcast) 'Game of Impossible' yang dikendalikannya bersama anaknya, Leon Jala.
Menurut Idris, penyakit berkenaan dikesan pihak perubatan susulan simptom batuk berpanjangan yang dialaminya baru-baru ini. Ekoran faktor kesihatan tersebut, beliau mengambil keputusan untuk berundur daripada mengacarakan audio siar berkenaan dan tempatnya akan diambil alih sepenuhnya oleh Leon.
Idris sebelum ini membina reputasi kukuh sebagai 'pakar pemulihan' (turnaround specialist) dalam dunia korporat. Antara kejayaan terbesarnya adalah membimbing syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS), keluar daripada kerugian RM1.3 bilion pada 2005 hingga merekodkan keuntungan RM852 juta hanya dalam tempoh dua tahun. Beliau memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS dari tahun 2005 hingga 2009.
Pada tahun 2009, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sekali gus mencatatkan sejarah sebagai individu daripada etnik Orang Ulu pertama yang berkhidmat sebagai Menteri Persekutuan di Malaysia.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sehingga 2015, beliau menerajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang bertanggungjawab merangka serta melaksana Program Transformasi Negara. Ketokohan beliau turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila agensi berita Bloomberg menyenaraikan Idris antara 10 pembuat dasar paling berpengaruh di dunia pada tahun 2014.
Selepas PEMANDU dibubarkan pada tahun 2017, Idris kini berkhidmat sebagai Presiden merangkap Pengerusi firma perunding swasta, Pemandu Associates Sdn Bhd.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
