TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kereta terbabas masung sungai gara-gara elak haiwan di Hulu Langat

By
|
Kongsi
image

KAJANG 24 Julai – Seorang lelaki warga tempatan berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam Sungai Langat berhampiran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.13 malam itu, mangsa berusia 56 tahun yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Congkak menuju ke Nilai walau bagaimanapun bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu terbabit mendakwa ternampak satu objek dipercayai haiwan melintas jalan dari arah kiri ke kanan secara tiba-tiba.

“Pemandu yang cuba mengelak objek berkenaan telah hilang kawalan menyebabkan kenderaan beliau jatuh ke dalam sungai.

“Kemalangan tersebut hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan mangsa serta tidak melibatkan kerosakan kenderaan atau harta benda lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, pihak polis memaklumkan bahawa ini merupakan kejadian kedua seumpamanya yang dilaporkan berlaku di kawasan terbabit baru-baru ini.

Ekoran itu, pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, mengurangkan kelajuan secara berperingkat sekiranya ternampak sebarang halangan, serta mengelakkan tindakan mengelak secara mengejut demi memastikan keselamatan diri dan pengguna lain.

+ - reset