Berita Berita
Lelaki Bangladesh didakwa ‘sentuh’, tarik seluar 7 pelajar asrama dalam bilik air
ALOR GAJAH 24 Julai – Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah ini pada Jun lalu.
Tertuduh, Islam Mohammad Shoriful, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua tujuh pertuduhan dibacakan dalam bahasa Bangladesh di hadapan Hakim Kamarul Aris Kamalluddin.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pelbagai perbuatan amang seksual fizikal terhadap pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.
Tertuduh juga didakwa telah menarik seluar beberapa mangsa sehingga mendedahkan bahagian punggung mereka.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12 Jun 2026, kira-kira pukul 6 petang, di kawasan bilik mandi dan tempat membasuh asrama lelaki sebuah sekolah berasrama di daerah ini.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika disabitkan kesalahan.
Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, yang memohon agar jaminan tidak diberikan.
Mahkamah kemudian bersetuju untuk tidak membenarkan jaminan dan menetapkan tarikh 28 Ogos 2026 sebagai sebutan semula kes.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 6:16 pm
Mindef perketat prosedur latihan grenad susulan insiden letupan Kem Hobart
July 24, 2026, 6:13 pm
'Malaysia bukan anti-Yahudi, tetapi menentang kezaliman Israel' – Anwar
July 24, 2026, 4:50 pm
Lelaki mengamuk di stesen minyak rupanya pemegang kad OKU, dalam rawatan psikiatri
July 24, 2026, 4:45 pm
Fenomena 'blue tears': APM tingkat pemantauan keselamatan di pantai Kuantan
July 24, 2026, 4:41 pm
Kapal tangki PETRONAS kedua lulus lalu Selat Hormuz tiba Melaka awal Ogos - PM
July 24, 2026, 4:29 pm
'F1 is back?' - KBS sahkan kemungkinan Sepang kembali jadi tuan rumah Formula 1
July 24, 2026, 4:21 pm
Khairy: Jangan jadikan UMNO, BN 'kambing hitam' kegagalan tunaikan janji
July 24, 2026, 3:12 pm
