Berita Berita
Kapal tangki PETRONAS kedua lulus lalu Selat Hormuz tiba Melaka awal Ogos - PM
PORT DICKSON 24 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan sebuah lagi kapal tangki milik PETRONAS yang diberi kelulusan melalui Selat Hormuz dijangka tiba di Melaka pada awal Ogos ini.
Beliau memaklumkan perkara tersebut selepas menerima taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Anwar menyifatkan pelepasan kapal berkenaan sebagai bukti kejayaan dan kebijaksanaan dasar luar Malaysia, terutamanya dalam mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar termasuk Iran.
“Satu lagi kapal PETRONAS bertolak dari Yanbu, Arab Saudi, melalui Laut Merah, diberi kelulusan dan akan sampai ke Melaka pada awal Ogos. Alhamdulillah. Ini sebabnya dasar luar kita harus bijaksana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri mendedahkan bahawa apabila berlakunya konflik di rantau berkenaan sebelum ini, hubungan akrab Malaysia membolehkannya berhubung terus dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bagi memohon pelepasan laluan.
Hasil rundingan tersebut, kapal PETRONAS menjadi antara kenderaan pertama yang dibenarkan belayar menerusi Selat Hormuz sebelum selamat tiba di Pengerang, Johor baru-baru ini.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 6:16 pm
Mindef perketat prosedur latihan grenad susulan insiden letupan Kem Hobart
July 24, 2026, 6:13 pm
'Malaysia bukan anti-Yahudi, tetapi menentang kezaliman Israel' – Anwar
July 24, 2026, 4:50 pm
Lelaki mengamuk di stesen minyak rupanya pemegang kad OKU, dalam rawatan psikiatri
July 24, 2026, 4:45 pm
Fenomena 'blue tears': APM tingkat pemantauan keselamatan di pantai Kuantan
July 24, 2026, 4:29 pm
'F1 is back?' - KBS sahkan kemungkinan Sepang kembali jadi tuan rumah Formula 1
July 24, 2026, 4:21 pm
Khairy: Jangan jadikan UMNO, BN 'kambing hitam' kegagalan tunaikan janji
July 24, 2026, 4:04 pm
Lelaki Bangladesh didakwa ‘sentuh’, tarik seluar 7 pelajar asrama dalam bilik air
July 24, 2026, 3:12 pm
