TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki mengamuk di stesen minyak rupanya pemegang kad OKU, dalam rawatan psikiatri

By
|
Kongsi
image

TANGKAK 24 Julai – Kejadian seorang lelaki yang mengamuk dan berkelakuan tidak terkawal di sebuah stesen minyak di Jalan Payamas di sini disahkan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, sebaliknya berpunca daripada masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd. Talib berkata, hasil siasatan dan semakan mendapati individu berusia lingkungan 30-an itu merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta masih menjalani rawatan psikiatri di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

"Ahli keluarga lelaki berkenaan telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Tangkak pada 23 Julai lalu bagi menafikan pelbagai andaian dan spekulasi tidak benar yang tular di media sosial berkaitan insiden tersebut.

"Keadaan lelaki itu adalah berkait rapat dengan masalah kesihatan yang dihadapinya dan bukan disebabkan faktor lain seperti yang didakwa segelintir pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran maklumat yang tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan awam serta memberi tekanan emosi kepada individu terbabit dan ahli keluarganya.

+ - reset