Berita Berita
Mindef perketat prosedur latihan grenad susulan insiden letupan Kem Hobart
PETALING JAYA, 24 Julai — Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperketat pemantauan serta memperkukuh prosedur keselamatan latihan membaling grenad susulan insiden letupan yang mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada 16 Jun lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa penambahbaikan berkenaan merangkumi aspek tatacara pengendalian grenad, tahap pengawasan di tapak latihan, serta pelaksanaan modul latihan secara menyeluruh demi mengelakkan kejadian berulang.
"Keselamatan setiap anggota sentiasa menjadi keutamaan. Tiada kompromi dalam memastikan semua latihan dilaksanakan dengan tahap pematuhan, pengawasan dan keselamatan yang tertinggi," katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan penerbitan laporan penuh oleh Lembaga Siasatan (Board of Inquiry - BOI) Tentera Darat berhubung insiden letupan semasa latihan pada 16 Jun 2026 yang meragut nyawa dua anggota terbabit.
Mengulas mengenai laporan siasatan tersebut, Mohamed Khaled menjelaskan bahawa proses siasatan telah dijalankan mengikut prosedur ketat Tentera Darat menerusi beberapa peringkat bagi memastikan setiap aspek teknikal, pematuhan SOP, serta keterangan saksi di tempat kejadian diteliti secara terperinci sebelum sebarang kesimpulan muktamad dicapai.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 8:50 pm
Banjir: RM44.5 juta diperuntukkan tangani 'hotspot' di PJ, Subang
July 24, 2026, 8:39 pm
Penyatuan mesti menyeluruh, hentikan politik kebencian dan perkauman - Anwar
July 24, 2026, 6:13 pm
'Malaysia bukan anti-Yahudi, tetapi menentang kezaliman Israel' – Anwar
July 24, 2026, 4:50 pm
Lelaki mengamuk di stesen minyak rupanya pemegang kad OKU, dalam rawatan psikiatri
July 24, 2026, 4:45 pm
Fenomena 'blue tears': APM tingkat pemantauan keselamatan di pantai Kuantan
July 24, 2026, 4:41 pm
Kapal tangki PETRONAS kedua lulus lalu Selat Hormuz tiba Melaka awal Ogos - PM
July 24, 2026, 4:29 pm
'F1 is back?' - KBS sahkan kemungkinan Sepang kembali jadi tuan rumah Formula 1
July 24, 2026, 4:21 pm
