TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fenomena 'blue tears': APM tingkat pemantauan keselamatan di pantai Kuantan

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 24 Julai – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang meningkatkan pemantauan berkala di tiga pantai utama di sini susulan kebanjiran pengunjung yang mahu menyaksikan fenomena cahaya kebiruan atau 'blue tears' yang tular di media sosial sejak seminggu lalu.

Tiga lokasi yang menjadi tumpuan awam tersebut melibatkan Pantai Tembeling, Pantai Pelindung, dan Teluk Cempedak.

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, langkah pemantauan itu diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin serta mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Saya sudah mengarahkan anggota APM Kuantan untuk meninjau daripada aspek kesiapsiagaan keselamatan orang awam yang berada di pantai berkenaan secara berkala.

"Kita menasihati orang awam agar tidak berada terlalu hampir di gigi air. Keasyikan melihat fenomena cahaya kebiruan ini dikhuatiri boleh menyebabkan mereka terleka dan tidak sedar akan kejadian air pasang yang berlaku pada lewat malam atau awal pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fenomena semula jadi berasaskan biopendarcahaya (bioluminescence) itu berlaku hasil tindak balas biokimia organisma marin tertentu. Kejadian tersebut dilaporkan kelihatan lebih jelas dan nyata pada lewat malam berbanding seawal jam 8 hingga 11 malam, sekali gus mendorong pengunjung berkumpul sehingga awal pagi.

+ - reset