Berita Berita
Penyatuan mesti menyeluruh, hentikan politik kebencian dan perkauman - Anwar
PETALING JAYA 24 Julai – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menolak sebarang usaha penyatuan, namun ia mestilah bersifat menyeluruh merangkumi semua kaum dan bangsa di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi PH itu menegaskan, strategi politik sesetengah pihak yang hanya menumpukan penyatuan kepada sesuatu kaum sahaja secara tidak langsung mengabaikan hak serta penyertaan kaum-kaum lain di Malaysia.
"Hari ini politik, kalau kita tengok seperti mana berlaku di Negeri Sembilan, dia bawa isu baru (satu kaum sahaja). Negara ini hak orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Mesti semua tahu ada hak masing-masing dan mesti kita pertahankan.
"Saya percaya kalau Gen Z bawa mesej ini, dia mampu bawa perubahan. Politik fikiran lama (the old politics of fear, of race, of hatred, must end) mesti dihentikan. Kita tidak seharusnya menanamkan rasa takut dalam kalangan orang Melayu terhadap orang Cina, atau sebaliknya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 anak muda pada Program Generasi Muda Suara Baharu di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim.
Mengulas lanjut, Anwar menggesa golongan muda untuk terlibat aktif dalam arus politik tanah air bagi memastikan dasar ekonomi dan pendidikan negara dipandu oleh pimpinan yang mampu merangkul semua kekuatan, bukannya memecahbelahkan rakyat.
Tambah beliau, cabaran utama yang dibelenggu negara ketika ini bukannya isu perkauman, sebaliknya usaha untuk membentuk sebuah tadbir urus kerajaan yang bersih dan cekap.
"Di negara ini, masalahnya bukan isu Melayu, Cina atau India, tetapi untuk dapatkan good governance. Pilih pimpinan Melayu yang baik dan kompeten, pilih Cina dan India yang mampu mentadbir dengan baik. Yang baik-baik ini bersatu untuk selamatkan Malaysia tercinta," tegas beliau.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 8:50 pm
Banjir: RM44.5 juta diperuntukkan tangani 'hotspot' di PJ, Subang
July 24, 2026, 6:16 pm
Mindef perketat prosedur latihan grenad susulan insiden letupan Kem Hobart
July 24, 2026, 6:13 pm
'Malaysia bukan anti-Yahudi, tetapi menentang kezaliman Israel' – Anwar
July 24, 2026, 4:50 pm
Lelaki mengamuk di stesen minyak rupanya pemegang kad OKU, dalam rawatan psikiatri
July 24, 2026, 4:45 pm
Fenomena 'blue tears': APM tingkat pemantauan keselamatan di pantai Kuantan
July 24, 2026, 4:41 pm
Kapal tangki PETRONAS kedua lulus lalu Selat Hormuz tiba Melaka awal Ogos - PM
July 24, 2026, 4:29 pm
'F1 is back?' - KBS sahkan kemungkinan Sepang kembali jadi tuan rumah Formula 1
July 24, 2026, 4:21 pm
