Berita Berita
Banjir: RM44.5 juta diperuntukkan tangani 'hotspot' di PJ, Subang
PETALING JAYA 24 Julai – Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan sebanyak RM44.5 juta bagi melaksanakan 30 skop kerja mitigasi banjir di kawasan berisiko (hotspot) sekitar Petaling Jaya, Subang dan Damansara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek yang kini dalam fasa pelaksanaan itu dipersetujui susulan perbincangan bersama yang diadakan sejak tahun lalu bagi merangka langkah penyelesaian jangka panjang di kawasan berkenaan.
“Kita telah berbincang mengenainya sejak tahun lalu dan mencapai persetujuan bersama Kerajaan Selangor.
“Kita telah meluluskan 30 skop kerja mitigasi banjir di kawasan hotspot sekitar Petaling Jaya dan Damansara dengan peruntukan RM44.5 juta yang kini dalam pelaksanaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Generasi Muda Suara Baharu anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.
Menurut Anwar, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat serta bertindak pantas memperkukuh infrastruktur demi mengurangkan risiko banjir dan menjamin kesejahteraan penduduk setempat.
Berita berkaitan
July 24, 2026, 10:51 pm
Remaja 18 tahun maut dipercayai terjatuh tingkat 68 di Komtar
July 24, 2026, 8:39 pm
Penyatuan mesti menyeluruh, hentikan politik kebencian dan perkauman - Anwar
July 24, 2026, 6:16 pm
Mindef perketat prosedur latihan grenad susulan insiden letupan Kem Hobart
July 24, 2026, 6:13 pm
'Malaysia bukan anti-Yahudi, tetapi menentang kezaliman Israel' – Anwar
July 24, 2026, 4:50 pm
Lelaki mengamuk di stesen minyak rupanya pemegang kad OKU, dalam rawatan psikiatri
July 24, 2026, 4:45 pm
Fenomena 'blue tears': APM tingkat pemantauan keselamatan di pantai Kuantan
July 24, 2026, 4:41 pm
Kapal tangki PETRONAS kedua lulus lalu Selat Hormuz tiba Melaka awal Ogos - PM
July 24, 2026, 4:29 pm
