Berita Berita
Sifar kes buli lepas MRSM lantik bekas tentera sebagai warden, KPM disaran ikut langkah sama
KUALA LUMPUR 27 Julai – Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mempertimbangkan pelantikan bekas tentera sebagai warden asrama sepenuh masa bagi menangani isu buli serta meningkatkan tahap disiplin pelajar di sekolah.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu susulan kejayaan projek rintis pelantikan warden luar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang merekodkan sifar kes buli sepanjang sembilan bulan pelaksanaan.
Menurut beliau, MARA bersedia berkongsi laporan kajian keberkesanan projek berkenaan yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), yang turut menunjukkan peningkatan positif dalam tahap disiplin dan pencapaian akademik pelajar.
"Antara dapatan utama, pemantauan keselamatan lebih konsisten, suasana asrama lebih kondusif dan guru tidak lagi terbeban dengan tugas warden untuk fokus mengajar.
"Gabungan elemen ketegasan dan nilai 'keibubapaan' menjadikan mereka pembimbing yang menjiwai peranan mentarbiah anak-anak di asrama," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau menambah, susulan kejayaan itu, MARA telah memperluas pelaksanaan inisiatif berkenaan ke 10 lagi MRSM sebelum dikuatkuasakan di kesemua 58 MRSM di seluruh negara bermula Januari tahun depan.
Selain menangani masalah disiplin, langkah tersebut turut disifatkan dapat menyediakan peluang pekerjaan serta membela kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya golongan tidak berpencen yang menamatkan perkhidmatan pada usia produktif antara 38 hingga 45 tahun.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
Operasi PATI diperhebat walau depot sesak
July 27, 2026, 11:11 am
F1 GP Bahrain di Sepang beri limpahan ekonomi jangka panjang - Ahmad Zahid
July 27, 2026, 11:07 am
Legasi 35 tahun Ayob Khan terus jadi inspirasi warga PDRM
July 27, 2026, 10:18 am
'Ini IC saya Sanusi! Saya bukan pendatang!' - Nga Kor Ming
July 27, 2026, 9:48 am
PAS dakwa laporan portal berita cetus kontroversi ucapan Sanusi
July 27, 2026, 9:41 am
Dua remaja perempuan maut, kereta hilang kawalan ketika memotong di Teluk Intan
July 26, 2026, 8:19 pm
