Berita Berita
Legasi 35 tahun Ayob Khan terus jadi inspirasi warga PDRM
PETALING JAYA 27 Julai – Legasi kepimpinan, integriti dan profesionalisme bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang menamatkan perkhidmatannya selepas 35 tahun berbakti akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Ayob Khan dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas dan lantang dalam menegakkan undang-undang serta sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti tanpa mengira pangkat atau darjat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mes 'Dining Out' bertema Leadership Defined, Legacy Endures di sini malam tadi bagi meraikan persaraan dan jasa tokoh kepimpinan polis berkenaan.
Dalam pada itu, Ayob Khan dalam ucapan balasnya menitipkan pesanan berharga agar seluruh warga PDRM sentiasa mengutamakan keadilan dalam melaksanakan amanah serta tidak terlalu mengejar kedudukan semata-mata.
"Jangan terlalu sibuk mengejar siapa yang duduk di atas sehingga terlupa siapa yang sedang memandang dari bawah.
"Masyarakat tidak menilai berapa banyak bintang di bahu kita. Mereka menilai sejauh mana kita berlaku adil," katanya.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 1:23 pm
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
Operasi PATI diperhebat walau depot sesak
July 27, 2026, 11:11 am
F1 GP Bahrain di Sepang beri limpahan ekonomi jangka panjang - Ahmad Zahid
July 27, 2026, 10:18 am
'Ini IC saya Sanusi! Saya bukan pendatang!' - Nga Kor Ming
July 27, 2026, 9:48 am
PAS dakwa laporan portal berita cetus kontroversi ucapan Sanusi
July 27, 2026, 9:41 am
Dua remaja perempuan maut, kereta hilang kawalan ketika memotong di Teluk Intan
July 27, 2026, 9:27 am
