Berita Berita
F1 GP Bahrain di Sepang beri limpahan ekonomi jangka panjang - Ahmad Zahid
SEPANG 27 Julai – Penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi jangka sederhana dan panjang kepada negara menerusi peningkatan ketibaan pelancong serta pendedahan global.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kos penganjuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bahrain, Malaysia tetap memperoleh manfaat ekonomi hasil liputan media antarabangsa yang disaksikan bilion penonton di seluruh dunia.
"Kesan ekonomi bukan hanya dapat dilihat dari segi kehadiran pelancong, tetapi juga daripada liputan media dan acara di seluruh dunia. Ini sekali gus membolehkan kemudahan bertaraf dunia di SIC dimanfaatkan sepenuhnya," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Siaga Bencana Udara Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.
Formula 1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah GP Bahrain di SIC dari 2 hingga 4 Oktober ini, yang dijadualkan berlangsung di antara GP Azerbaijan dan GP Singapura.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berharap kejayaan penganjuran acara berkenaan dapat membuka ruang buat Malaysia kembali menganjurkan F1 pada masa depan menerusi sokongan dana kerajaan serta penajaan sektor korporat secara perkongsian bijak.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 1:23 pm
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
Operasi PATI diperhebat walau depot sesak
July 27, 2026, 11:07 am
Legasi 35 tahun Ayob Khan terus jadi inspirasi warga PDRM
July 27, 2026, 10:18 am
'Ini IC saya Sanusi! Saya bukan pendatang!' - Nga Kor Ming
July 27, 2026, 9:48 am
PAS dakwa laporan portal berita cetus kontroversi ucapan Sanusi
July 27, 2026, 9:41 am
Dua remaja perempuan maut, kereta hilang kawalan ketika memotong di Teluk Intan
July 27, 2026, 9:27 am
