TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Operasi PATI diperhebat walau depot sesak

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 27 Julai – Operasi penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) akan terus diperhebat tanpa sebarang kelonggaran memandangkan ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu mengekalkan momentum serbuan bagi memastikan warga asing mematuhi undang-undang, meskipun 19 depot imigresen di seluruh negara kini berdepan kesesakan melebihi kapasiti sedia ada.

"Negara kita terbuka dan memberi peluang kepada mereka mencari rezeki, tetapi mereka juga perlu mematuhi undang-undang negara. Jika didapati melanggar peraturan, tindakan sewajarnya termasuk penahanan perlu diambil," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, tindakan tegas itu turut didokong pihak luar, di mana Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam pertemuan dua hala sebelum ini bersetuju bahawa mana-mana rakyatnya yang melanggar undang-undang domestik Malaysia mesti berdepan tindakan undang-undang tempatan.

Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin memaklumkan KDN akan meneruskan sesi libat urus bagi memperjuangkan pindaan Akta Penjara demi memberi perlindungan sewajarnya kepada pegawai penjara yang menjalankan tugas secara good faith (suci hati).

Jelas beliau, pindaan terbabit bukannya untuk memberi imuniti atas salah laku, sebaliknya bagi melindungi penjawat awam yang sering mendedahkan diri kepada tindakan saman atau tindakan undang-undang sewaktu melaksanakan hukuman yang diputuskan oleh mahkamah.

+ - reset