TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PAS dakwa laporan portal berita cetus kontroversi ucapan Sanusi

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Julai – PAS menyalahkan laporan sebuah portal berita yang didakwa menggunakan petikan secara selektif sehingga mencetuskan polemik berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tafsiran editorial portal berkenaan yang memotong konteks asal ucapan telah membina persepsi mengelirukan kononnya Sanusi mempersoalkan kedudukan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.

"Bahagian berkenaan penting bagi menunjukkan Muhammad Sanusi tidak pernah bersikap anti-Cina atau India, apatah lagi meminta mereka meninggalkan Malaysia. Fokus ucapannya adalah mengenai kebimbangan terhadap kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu mengikut sejarah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sedia mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis terhadap pihak yang memutarbelitkan ucapannya sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan itu.

Sehubungan itu, Ahmad Fadhli menggesa agar portal terbabit memperbetulkan konteks laporan serta menasihati semua pihak supaya menilai rakaman penuh ucapan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

+ - reset