Berita Berita
Pintu LRT Laluan Kelana Jaya gagal ditutup sempurna, penumpang diturunkan di Stesen Taman Bahagia
PETALING JAYA 27 Julai – Sebuah tren LRT Laluan Kelana Jaya menuju ke Gombak mengalami masalah teknikal apabila salah satu pintunya tidak dapat ditutup dengan sempurna pada jam 11.08 pagi, semalam.
Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan pantas dan prosedur keselamatan diaktifkan serta-merta sejurus masalah berkenaan dikesan bagi memastikan keselamatan semua penumpang terjamin.
"Tren berkenaan diarahkan ke Stesen Taman Bahagia, sebelum semua penumpang diturunkan dengan selamat dan diminta meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya," katanya.
Menurut Rapid KL, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tren terbabit telah dikeluarkan daripada perkhidmatan bagi membolehkan siasatan terperinci serta tindakan pembaikan dijalankan.
Pihak pengendali perkhidmatan rel berkenaan turut menegaskan komitmen berterusan mereka untuk sentiasa meletakkan aspek keselamatan pengguna sebagai keutamaan tertinggi.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 1:23 pm
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
Operasi PATI diperhebat walau depot sesak
July 27, 2026, 11:11 am
F1 GP Bahrain di Sepang beri limpahan ekonomi jangka panjang - Ahmad Zahid
July 27, 2026, 11:07 am
Legasi 35 tahun Ayob Khan terus jadi inspirasi warga PDRM
July 27, 2026, 10:18 am
'Ini IC saya Sanusi! Saya bukan pendatang!' - Nga Kor Ming
July 27, 2026, 9:48 am
PAS dakwa laporan portal berita cetus kontroversi ucapan Sanusi
July 27, 2026, 9:41 am
Dua remaja perempuan maut, kereta hilang kawalan ketika memotong di Teluk Intan
July 27, 2026, 9:27 am
