Berita Berita
Guan Eng jumpa Anwar cadang satu peperiksaan kemasukan universiti awam untuk semua pelajar
PUTRAJAYA 27 Julai - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan memperkenalkan satu sistem peperiksaan kemasukan universiti awam yang standard bagi semua pelajar sebagai langkah mewujudkan peluang pendidikan tinggi yang lebih adil dan telus.
Cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat bertarikh 20 Julai yang mengandungi beberapa syor bagi memperkukuh pembangunan negara.
Menurut Lim, sistem kemasukan ke universiti awam ketika ini yang menggunakan tiga laluan berbeza iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), program Asasi dan Matrikulasi telah mewujudkan ketidaksamarataan dalam peluang kemasukan pelajar.
Beliau berpandangan sudah tiba masanya Malaysia beralih kepada satu mekanisme peperiksaan kemasukan universiti awam yang seragam bagi memastikan semua calon dinilai menggunakan piawaian yang sama.
“The time has come to have one common public university entrance examination system for all, rather than the current situation of ‘one country, three systems,’” kata Lim dalam surat berkenaan.
Lim berkata, pendekatan itu bukan sahaja mampu meningkatkan keadilan dalam proses pemilihan pelajar, malah dapat memperkukuh keyakinan terhadap sistem pendidikan tinggi negara.
Beliau turut berpandangan pembaharuan sistem kemasukan universiti adalah antara langkah penting bagi memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam berdasarkan merit dan pencapaian akademik.
Cadangan itu merupakan antara enam syor yang dikemukakan Lim kepada kerajaan, merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pembaharuan pentadbiran dan peningkatan sistem pendidikan negara.
Berita berkaitan
July 27, 2026, 3:59 pm
Kerajaan kaji tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM
July 27, 2026, 3:16 pm
Orang lain anjur ratusan juta, kita cuma belanja RM16 juta perbaiki trek F1 Sepang - PM
July 27, 2026, 3:02 pm
Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion
July 27, 2026, 2:58 pm
Enam lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan, minta tebusan RM8 juta
July 27, 2026, 12:07 pm
Rakyat Malaysia maut ditikam akibat perselisihan 2 kumpulan di Korea
July 27, 2026, 11:25 am
Operasi PATI diperhebat walau depot sesak
July 27, 2026, 11:11 am
F1 GP Bahrain di Sepang beri limpahan ekonomi jangka panjang - Ahmad Zahid
July 27, 2026, 11:07 am
