TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Salah urus dan campur tangan politik punca Felda rugi RM10 bilion

By
|
Kongsi
image

TAMPIN, 27 Julai — Felda yang pernah menjadi antara syarikat perladangan terbesar dunia kini menanggung kerugian dan dibelenggu hutang hampir RM10 bilion akibat salah urus serta campur tangan politik yang berlebihan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sebaik sahaja beliau menerajui pentadbiran negara, laporan yang diterima menunjukkan agensi berkenaan menanggung beban kewangan yang besar sehingga memaksa kerajaan campur tangan bagi membantu meringankan beban tersebut.

"Lapan tahun lalu, timbul perubahan keputusan dan campur tangan politik berlebihan. Akhirnya, agensi yang dulunya untung berbilion ringgit kini mengalami kerugian.

"Saya ambil alih dan jaga Felda sendiri kerana mendapat laporan agensi ini berhutang hampir RM10 bilion. Ini bukan isu politik, tetapi satu kenyataan," katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Anwar menjelaskan, ketika diterajui tokoh seperti Raja Alias Raja Muhammad Ali dan Allahyarham Tan Sri Taib Andak, Felda diurus dengan cekap sehingga membolehkan keluarga peneroka menikmati pulangan yang baik.

Beliau menegaskan, kemerosotan agensi itu bukan berpunca daripada kegagalan peneroka, sebaliknya disebabkan oleh segelintir pihak yang diamanahkan mengurus agensi berkenaan telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan generasi muda agar mempertahankan keamanan negara dan tidak membenarkan unsur pemecah belah berkembang, selain menegaskan kepimpinan negara perlu sentiasa dipertahankan berlandaskan integriti serta amanah.

+ - reset