TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Enam lelaki mengaku tidak bersalah culik ahli perniagaan, minta tebusan RM8 juta

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 27 Julai — Seramai enam lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM8 juta, dua minggu lalu.

Tertuduh, A. Ravichandran, R. Elan, M. Jeyaraj, J. Mosesdevritto, Ziyauddin, dan Muhammad Afiq Safine membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka bersama tujuh lagi individu yang masih bebas didakwa menculik seorang lelaki berusia 44 tahun di sebuah restoran nasi kandar di Dataran Sunway, kira-kira jam 5.15 petang, 16 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan.

Sebelum ini, mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak polis dalam tempoh 24 jam selepas dilarikan sekumpulan suspek yang menuntut wang tebusan berkenaan. Mangsa diselamatkan menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah unit kediaman di Shah Alam pada jam 1 pagi, 17 Julai lalu.

+ - reset