TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

"Saya banyak gembira, besok saya pergi angkat kunci” - 2 dekad menanti, ibu tunggal OKU akhirnya miliki rumah PPR

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Selepas hampir dua dekad menanti, penantian seorang ibu tunggal yang juga individu kurang upaya (OKU) akhirnya berakhir apabila menerima tawaran rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kepong daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Muthulakshmy Marimuthu, 49, berkata dia membuat permohonan rumah PPR sejak 2006 dan menunggu sekian lama sebelum akhirnya menerima berita gembira untuk memiliki kediaman yang lebih selesa bersama dua anaknya.

Menurutnya, sepanjang tempoh penantian itu, beberapa surat berkaitan permohonan diterima namun prosesnya masih belum berjaya sehingga dia akhirnya mendapat tawaran berkenaan.

“Saya mohon dari 2006. Mereka hantar surat tapi mereka kata fail dia tak naik, tak naik. Tapi baru sahaja naikkan, hati saya pun banyak senang,” katanya ketika ditemui selepas menerima tawaran rumah PPR di Kuala Lumpur hari ini. 

Katanya, dia amat bersyukur kerana selepas penantian panjang, rumah yang diterima juga berada di lokasi yang memudahkan urusannya.

“Saya ingat saya dapat jauh tapi saya dapat dekat, lagi senang. Banyak terima kasih kepada puan dan siapa yang tolong saya,” katanya. 

Muthulakshmy yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak, seorang perempuan dan seorang lelaki, berkata kediaman baharu itu memberi sinar baharu kepada keluarganya selepas bertahun-tahun menanti. 

Dalam lawatan ke PPR Seri Pantai hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata seramai 29 penerima menerima tawaran rumah DBKL, membabitkan 15 penduduk Melayu dan 14 penduduk India. 

Beliau berkata, usaha menyediakan kediaman dan kemudahan lebih baik kepada rakyat dibuat tanpa mengira latar belakang kaum, dengan keutamaan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

“Isu kemiskinan bandar kita tak kira kaum. Melayu, Cina, India, Kadazan semua. Ada orang miskin, ada orang kaya. Bila kita jaga Kuala Lumpur, kita jaga semua,” katanya. 

+ - reset