TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga juruukur tersesat dalam hutan simpan Kampung Tok Kah ditemui selamat

By
|
Kongsi
image

DUNGUN, 29 Julai — Tiga juruukur tanah yang dilaporkan tersesat di dalam hutan simpan Kampung Tok Kah berhampiran lokasi kerja mereka semalam berjaya ditemui selamat malam tadi.

Mangsa yang ditemui dikenali sebagai Wan Muhamad Haziem Wan Abdullah, 32, serta dua rakan sekerjanya, Wan Hafizuddin Aiman Wan Zamili, 23, dan Muhammad Adam Ruzilan, 22.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Yahaya Hanafi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 malam selepas kesemua mangsa gagal menemui jalan keluar seusai menyelesaikan kerja-kerja pengukuran tanah.

"Berdasarkan koordinat yang dihantar oleh mangsa menerusi telefon bimbit, pasukan penyelamat yang dianggotai enam anggota bomba telah masuk ke dalam hutan sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi permulaan," katanya.

Beliau menambah, kesemua mangsa berjaya dijejaki dan ditemui selamat sekitar jam 11.30 malam sebelum dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

+ - reset