Berita Berita
Kerajaan kekal pendirian tidak laksana GST buat masa ini
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini kerana pelaksanaannya dikhuatiri memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menjelaskan, walaupun GST dianggap lebih cekap dan telus berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sistem percukaian berkenaan bersifat regresif kerana dikenakan mengikut penggunaan, bukannya pendapatan.
"Sekiranya seorang individu berpendapatan RM20,000 sebulan, seorang lagi RM5,000 dan seorang lagi RM2,000 membelanjakan RM2,000 untuk penggunaan, ketiga-tiga mereka tetap akan membayar jumlah cukai yang sama di bawah GST kerana ia berasaskan penggunaan," katanya di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew berhubung potensi pelaksanaan GST dalam jangka sederhana bagi membantu mengurangkan hutang negara.
Mengulas lanjut, Chin Tong menegaskan bahawa GST hanya sesuai dilaksanakan apabila negara mempunyai lebih ramai rakyat dalam kategori kelas pertengahan yang mempunyai tahap pendapatan lebih kukuh.
Pendirian berkenaan turut selari dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyatakan bahawa GST hanya akan dipertimbangkan apabila kadar gaji median rakyat di Malaysia mencecah RM4,000 sebulan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
