Berita Berita
113 pelarian Rohingya selesai proses dokumentasi di IPK KL, dipindahkan ke tiga negeri
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Seramai 113 pelarian etnik Rohingya yang ditempatkan di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah selesai menjalani proses dokumentasi semalam sebelum dipindahkan ke lokasi pilihan masing-masing.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, proses dokumentasi berkenaan dijalankan dari jam 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang pada 28 Julai 2026.
Sepanjang proses tersebut, seramai tujuh wakil organisasi Malaysian Relief Agency (MRA) turut hadir bagi memberikan sumbangan makanan tengah hari serta bantuan semakan tahap kesihatan kepada kumpulan pelarian berkenaan.
"Bermula jam 2 petang hingga 4 petang, seramai 109 pelarian Rohingya bersama seorang warga Indonesia (isteri Ketua Komuniti Rohingya), seorang pelarian Iraq, dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan keluar secara bergilir-gilir melalui Pintu Utama IPK Kuala Lumpur.
"Pelepasan dilakukan selepas proses pengecaman semula pemilik dokumen disempurnakan oleh pihak NGO dan UNHCR," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, pergerakan keluar kumpulan pelarian terbabit mengikut pilihan destinasi kediaman saudara-mara serta kenalan mereka yang merangkumi tiga negeri, dengan majoritinya menggunakan perkhidmatan e-hailing.
Pecahan lokasi penempatan semula kumpulan pelarian berkenaan membabitkan 66 orang di Kuala Lumpur, 29 orang di Selangor, dan 18 orang di Pulau Pinang.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
