Berita Berita
PDRM buat rombakan libat 25 pegawai kanan
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran membabitkan 25 pegawai kanan, termasuk Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) KDNKA Bukit Aman dengan kenaikan pangkat Komisioner Polis (CP).
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pelantikan Muhammad akan berkuat kuasa pada 3 Ogos ini, manakala arahan pertukaran dan kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai lain berkuat kuasa mulai 1 September depan.
Turut dinaikkan pangkat ke CP ialah DCP Datuk Mohd Taufik Toh Abdullah sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, manakala SAC Datuk Mohamad Farouk Eshak dilantik sebagai Timbalan Pengarah Forensik/Perancangan Strategik JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
Pertukaran lain membabitkan kenaikan pangkat ke DCP bagi SAC Datuk Mohd Azhar Hamin (Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah) dan Roslan Alias (Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman). Sementara itu, Ketua JSJ Sarawak, SAC Lim San Aik bertukar portal sebagai Ketua JPJKK Sabah.
Selain itu, seramai 13 pegawai kanan berpangkat ACP dinaikkan ke pangkat SAC, antaranya:
-
Sazalee Adam (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
-
Basri Sagoni (Ketua Polis Daerah Sentul) — Ketua Penolong Pengarah (D7) JSJ Bukit Aman.
-
Zulkarnain Samsudin — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.
-
Kumarasan Muniandy (Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri) — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.
Pertukaran ini turut merangkumi kenaikan pangkat tujuh pegawai berpangkat Superintendan kepada Asisten Komisioner Polis (ACP).
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
