Berita Berita
Shafie Apdal dipenjara lima minggu kerana hina mahkamah, hukuman ditangguh
KOTA KINABALU, 29 Julai — Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhkan hukuman penjara selama lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataan yang dibuatnya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Hukuman terhadap Presiden Parti Warisan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan pada prosiding yang berlangsung hari ini.
Bagaimanapun, pihak mahkamah membenarkan permohonan Mohd Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Penangguhan berkenaan menyebabkan hukuman penjara ke atas Ahli Parlimen Semporna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang itu tidak dikuatkuasakan serta-merta.
Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang Ahli Parlimen hanya hilang kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000.
Memandangkan hukuman yang dikenakan adalah kurang daripada tempoh satu tahun beserta penangguhan pelaksanaan, kedudukan beliau sebagai wakil rakyat kekal terjamin buat masa ini.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
