Berita Berita
Warga emas maut kereta maut kemalangan tiga kenderaan di Tasek Gelugor
SEBERANG PERAI, 29 Julai — Seorang wanita warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Tasek Gelugor, di sini pagi tadi.
Mangsa, Zuraini Jaafar, 60, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 8.26 pagi.
Insiden berkenaan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Kancil, Perodua Axia, dan Proton Saga dengan tiga pemandu tempatan berusia antara 51 hingga 69 tahun.
"Dua mangsa dilaporkan tersepit. Seorang daripadanya berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba, manakala mangsa kedua yang tersepit di tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan pada jam 9.13 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
