TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Projek monorel Putrajaya akan terus terbiar selepas 22 tahun

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan bahawa projek monorel Putrajaya yang terbengkalai sejak tahun 2004 didapati tidak berdaya maju untuk diteruskan.

Menurut MOT menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen semalam, penilaian itu dibuat berdasarkan keadaan infrastruktur rel sedia ada—termasuk terowong bawah tanah yang telah lama terbiar—menerusi Kajian Pengangkutan Awam di Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang.

"Ia memerlukan kajian lanjutan terperinci seperti ujian integriti struktur untuk mengenal pasti keadaan sebenar struktur yang sudah lama terbengkalai," jelas MOT.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman yang mahu tahu jika ada perancangan meneruskan projek berkenaan bagi menangani kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, MOT menegaskan kerajaan kekal komited menyediakan pengangkutan awam berkesan di Putrajaya melalui perkhidmatan alternatif sedia ada.

Antaranya termasuk perkhidmatan Bas Nadi Putra yang meliputi tujuh laluan dengan purata 2,246 penumpang harian, perkhidmatan bas perantara (dua laluan, 1,173 penumpang harian), serta perkhidmatan 'Rapid On-Demand' yang menggunakan sembilan van bagi meningkatkan ketersambungan laluan pengangkutan awam di kawasan berkenaan.

+ - reset