TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemuda Pas sindir Program Temu Anwar libat pelajar IPT ketika kempen PRN

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 29 Julai — Pemuda Pas Malaysia menyindir penganjuran Program Temu Anwar yang melibatkan ratusan pelajar politeknik dan kolej komuniti di Negeri Sembilan sewaktu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berlangsung.

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa penganjuran program terbabit memberi gambaran seolah-olah jentera dan peruntukan kerajaan dimanfaatkan untuk kepentingan politik parti pemerintah.

"Program ini penting, terutamanya waktu Pilihan Raya Negeri Sembilan. Waktu inilah jentera kerajaan perlu diguna sebaik mungkin untuk manfaat politik parti dalam kerajaan," perlinya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas tular satu surat rasmi memohon penyertaan seramai 360 pelajar daripada lima kolej komuniti dan dua politeknik di Negeri Sembilan untuk menghadiri program berkenaan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Berdasarkan maklumat surat terbabit, pengangkutan bagi kesemua pelajar terbabit disediakan menggunakan tujuh buah bas yang ditanggung oleh pihak penganjur.

Mengulas lanjut, Afnan turut menyindir secara sinis supaya semua pelajar sekolah dan mahasiswa universiti dikerahkan menghadiri program sedemikian sepanjang tempoh berkempen.

+ - reset