TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mangsa culik RM7 juta ditahan, disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Lelaki berusia 44 tahun yang menjadi mangsa kes penculikan dengan tuntutan wang tebusan sebanyak RM7 juta dipercayai terbabit secara langsung dalam sindiket pengedaran dadah tempatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan elemen pengedaran dadah dalam kes berkenaan, mangsa telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK).

"Mana-mana yang ditangkap oleh polis sekarang, kita sedang siasat lagi rangkaian ahli-ahli lain yang terbabit. Mangsa itu dipercayai terbabit secara langsung dalam sindiket pengedaran dadah tempatan," katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan pihak polis turut menahan dua lagi lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terbabit dalam insiden penculikan tersebut.

Salah seorang daripada suspek terbaharu berkenaan merupakan bekas anggota polis yang telah dipecat pada tahun 2023 berikutan penglibatan dalam kes dadah.

Terdahulu, kes penculikan berkenaan berjaya diselesaikan oleh PDRM dalam tempoh kurang 48 jam selepas menahan enam suspek awal terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 30 hingga 46 tahun.

+ - reset