TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Objek menyerupai bom di kilang papan rupa-rupanya kayu, polis siasat motif ugutan

By
|
Kongsi
image

ALOR SETAR, 29 Julai — Objek menyerupai bom tangan yang mencetuskan gempar di sebuah kilang papan di Bukit Selambau, Sungai Petani pada Isnin disahkan bukan bahan letupan sebenar, sebaliknya rekaan diperbuat daripada kayu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pemeriksaan rapi oleh Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan objek tersebut tidak membahayakan, namun disertakan bersama sekeping nota ugutan bertulis 'berhenti operasi'.

"Hasil pemeriksaan mendapati ia bukan bom yang betul, sebaliknya diperbuat daripada kayu yang dibentuk menyerupai bom tangan. Turut ditemukan sekeping nota yang dipercayai mempunyai unsur ugutan terhadap pihak pengurusan kilang," katanya hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa tiada tindakan seperti pemberhentian pekerja atau penamatan kontrak secara besar-besaran berlaku di kilang berkenaan, dan pihak polis kini sedang meneliti pelbagai sudut siasatan untuk mengenal pasti motif di sebalik kejadian.

Menurutnya, sampel objek serta bahan yang ditemui telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis forensik dan profil DNA.

Dalam pada itu, polis turut mendapatkan keterangan seorang saksi yang mendakwa melihat seorang lelaki di lokasi kejadian bagi proses penghasilan fotofit suspek, memandangkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan didapati tidak berfungsi.

+ - reset