Berita Berita
PRN Negeri Sembilan: 'Pilihlah Cina yang lebih baik, pilihlah Anthony Loke' - Anwar
SEREMBAN 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Negeri Sembilan supaya membuat pilihan berdasarkan prestasi, amanah dan rekod perkhidmatan calon, bukannya dipengaruhi sentimen perkauman.
Beliau berkata demikian ketika turun padang bertemu rakyat di sekitar Simpang Durian, petang tadi, bagi memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke dan calon DUN Pertang, Umry Abdul Khois.
Menurut Anwar, Anthony telah membuktikan prestasi cemerlang sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di Chennah dengan membantu masyarakat tanpa mengira kaum, termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat pihak yang cuba menolak Anthony hanya kerana beliau berbangsa Cina, walaupun tidak pernah dikaitkan dengan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau kegagalan melaksanakan amanah kepada rakyat.
"Bukan kerana beliau mencuri wang rakyat, bukan kerana merampas tanah rakyat dan bukan kerana gagal melaksanakan amanah, tetapi hanya kerana beliau seorang Cina," katanya.
Anwar turut menyifatkan tuduhan bahawa HARAPAN dikuasai DAP dan kaum Cina sebagai tidak konsisten memandangkan pihak lawan sendiri turut meletakkan calon berbangsa Cina.
Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi supaya memilih calon yang mempunyai rekod perkhidmatan terbaik tanpa menjadikan kaum atau warna kulit sebagai ukuran.
"Pesanan saya kepada pengundi di Negeri Sembilan, pilihlah Cina yang lebih baik. Pilih Anthony Loke dan seluruh pasukan HARAPAN. Ukurlah seseorang berdasarkan amanah, prestasi dan khidmatnya kepada rakyat, bukan warna kulit atau bangsanya," katanya.
Beliau berkata, jika diberi mandat sekali lagi, HARAPAN akan meneruskan prestasi yang telah dibuktikan serta bekerja lebih keras demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Sembilan terus diperkasakan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
