Berita Berita
Ancaman bom di Mid Valley City disahkan palsu, polis buka siasatan
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa laporan ancaman bom yang diterima menerusi e-mel membabitkan bangunan Centrepoint South Tower, Mid Valley City malam tadi adalah palsu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 8.17 malam daripada pengurus pengawal keselamatan bangunan terbabit selepas menerima e-mel dakwaan keberadaan paip bom.
Ekoran ancaman tersebut, proses pengosongan bangunan telah dilaksanakan serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan para penghuni dan pengunjung.
"Seterusnya pada jam lebih kurang 10.30 malam, Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi ancaman," katanya dalam satu kenyataan rasmi awal pagi ini.
Hasil pemeriksaan menyeluruh yang dijalankan oleh skuad UPB dan K9 mengesahkan tiada sebarang bahan letupan, objek mencurigakan, mahupun peranti berkaitan bom ditemui di mana-mana kawasan bangunan berkenaan.
Hoo berkata, siasatan awal mendapati e-mel terbabit merupakan ancaman palsu yang sengaja dihantar bagi menimbulkan kegusaran serta gangguan terhadap ketenteraman awam.
Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Terdahulu, rakaman dan maklumat berhubung proses pengosongan bangunan di Pusat Beli-Belah Mid Valley City itu sempat tular di pelbagai platform media sosial.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
