Berita Berita
AADK sahkan 4 penghuni PUSPEN Perlop ditangkap semula, mesej tular di Bangi palsu
KAJANG, 30 Julai — Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesahkan bahawa empat orang penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, Perak yang melarikan diri pada Jumaat lepas telah berjaya ditangkap semula.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh memaklumkan kesemua penghuni terbabit diberkas di sekitar daerah Sungai Siput hasil tindakan pantas dan kerjasama antara PDRM serta penduduk kampung setempat.
Pihak AADK turut menafikan mesej tular yang mendakwa kesemua pelarian terbabit berada di sekitar Bandar Baru Bangi sehingga menimbulkan keresahan awam. Mesej berkenaan disahkan palsu kerana perimeter pergerakan mereka hanya berada di sekitar daerah Sungai Siput sebelum ditahan semula.
Ekoran insiden tersebut, AADK telah melancarkan siasatan dalaman secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta sebarang unsur kecuaian atau ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Tindakan tatatertib dan undang-undang tegas akan diambil sekiranya wujud kecuaian di pihak kakitangan.
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan ketakutan awam. Mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
