TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saya merayu, tolong selamatkan Negeri Sembilan - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

NILAI, 30 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengakui bahawa beliau turut merasai kebimbangan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, namun menyeru rakyat Negeri Sembilan agar mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan bahawa keutamaan utama ketika ini adalah memastikan Negeri Sembilan terus membangun tanpa diheret ke dalam krisis politik yang membebankan rakyat.

"Saya pun takut juga, nampak saja berani. Saya merayu, tolong selamatkan Negeri Sembilan. Buat apa kita jadikan negeri ini bermasalah," katanya ketika menyampaikan amanat pada ceramah Grand Finale Kekal Harapan Negeri Sembilan di Tapak Pasar Malam Desa Cempaka, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan komitmennya untuk tidak berganjak daripada prinsip integriti dan tata kelola yang bersih sepanjang memimpin pentadbiran negara, meskipun terus berdepan pelbagai kecaman serta serangan politik daripada pihak lawan.

Beliau menegaskan bahawa usaha membina semula negara bukanlah satu perjalanan yang mudah, namun beliau berjanji akan sentiasa memelihara amanah rakyat dan khazanah negara.

"Makilah saya, kecamlah saya. Tetapi saya tegaskan, saya tidak mencuri hak rakyat dan saya tidak sombong. Perjuangan membina negara memang penuh pahit dan getir," ujarnya lagi di hadapan ribuan penyokong yang hadir.

+ - reset