Berita Berita
Asyraf Wajdi saman RM5 juta individu fitnah isu Tabung Haji, wang ganti rugi bakal diinfak ke Yayasan Pelajaran MARA
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa Notis Tuntutan (Letter of Demand - LOD) telah berjaya diserahkan kepada individu yang didakwa memfitnah beliau berhubung krisis Lembaga Tabung Haji (TH).
Susulan penyerahan notis berkenaan menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates, tindakan saman sivil bernilai RM5 juta bakal diambil terhadap pihak terbabit selepas beliau menegaskan bahawa kebenaran mengenai isu berkenaan kini terbukti.
"Alhamdulillah kebenaran terbukti. Saman RM5 juta bakal menanti. LOD telahpun berjaya diserahkan kepada pemfitnah. Janji saya, Insya-ALLAH setiap sen wang ganti rugi akan diinfakkan kepada Yayasan Pelajaran MARA untuk manfaat pelajar miskin," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, hari ini.
Tindakan undang-undang berkenaan diambil terhadap Ahli Majlis Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Ismail Salleh serta pemilik akaun media sosial 'Abied Abdullah' (Habin Faisal Mohamed) yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan mengaibatkan nama beliau berkaitan peranan dalam isu Tabung Haji.
Perkembangan ini susulan pelepasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH (2014-2020) setebal 211 halaman yang mendapati krisis institusi berkenaan berpunca daripada kelemahan tadbir urus, amalan perakaunan tidak sesuai, serta keputusan pelaburan berisiko, dan bukannya disebabkan oleh salah guna kuasa.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
