Berita Berita
400 pekerja terjejas, Panasonic henti operasi pembuatan TV di Malaysia tahun depan
SHAH ALAM 30 Julai - Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (Panasonic) akan menutup operasi pengeluaran TV oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn. Bhd. (PAVCKM) di sini, bermula September ini.
Panasonic dalam kenyataannya berkata, penutupan PAVCKM itu akan memberi kesan kepada 400 pekerjanya pada akhir Mac selepas syarikat tersebut turut akan menghentikan pengeluaran audio Technics-branded Hi-Fi pada akhir Februari tahun depan.
Katanya, bagaimanapun pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan serta Kesatuan Pekerja Industri Elektrik (EIWU) bagi memastikan pekerja terjejas diberikan sokongan termasuk bantuan pertukaran penempatan pekerjaan dan peralihan kerjaya.
“Pengeluaran oleh PAVCKM itu akan dipindahkan ke Kumpulan Panasonic yang lain sebagai usaha memperkukuh daya saing dan mengoptimumkan pengeluaran Panasonic di Malaysia.
“(Bagaimanapun) Panasonic akan meneruskan pengeluaran produk audio di Malaysia dan dalam masa sama menambah baik keberkesanan keseluruhan aktiviti pengeluarannnya termasuk penjualan dan perkhidmatan bagi TV dan produk audio di Malaysia,” katanya.
Dalam tempoh sama, PAVCKM juga akan memindahkan operasi pengeluaran pemain Blu-ray Disc ke China Hualu Panasonic AVC Networks Co, Ltd. (CHPAVC) di China sebagai usaha memperkukuh daya saing perniagaan Panasonic AVC.
Panasonic dalam kenyataan sama memberitahu, bagaimanapun negara ini kekal sebagai hub utama serantau apabila mengambil sehingga 12,000 pekerja menerusi pelbagai bidang perniagaan termasuk pengeluaran bernilai tinggi, penyelidikan dan pembangunan serta aktiviti korporat.
“Sebagai komitmen kepada negara dan komuniti setempat, Panasonic akan terus melabur di Malaysia dalam usaha menyokong strategi pembangunannya terhadap rantaian bekalannya yang bernilai tinggi,” ujarnya.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
