Berita Berita
Pasangan pelajar kolej ditahan, bayi ditemukan maut dengan kesan tikaman dalam mangkuk tandas
JOHOR BAHRU 30 Julai - Polis menahan sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang, semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan kira-kira jam 1 tengah hari mengenai seorang pelajar perempuan yang dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang selepas dipercayai baru melahirkan anak.
"Sebaik melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu telah menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya," katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Ab Rahaman berkata, hasil siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar terbabit membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam mangkuk tandas.
Katanya, pemeriksaan awal ke atas bayi itu mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.
"Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun dipercayai teman lelaki kepada wanita terbabit bagi membantu siasatan.
"Lelaki berkenaan ditahan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang hari ini," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 1:03 pm
Imigresen batal PLKS diluluskan secara tidak teratur, pemegang pas kini diburu
July 31, 2026, 11:05 am
Maritim nafi video tular kemasukan PATI di pantai barat Johor
July 31, 2026, 10:33 am
Noh Omar yakin UMNO Selangor akhirnya akan bersama PN
July 31, 2026, 9:51 am
Ibu, dua anak perempuan ditemukan maut dalam bilik di Bandar Baru Tambun
July 31, 2026, 9:48 am
Agong jalani rawatan susulan masalah otot dan tulang, tak dapat hadir Sambutan Hari Pahlawan
July 31, 2026, 9:18 am
Kerajaan tapis dahulu 5,000 etnik Rohingya sebelum dihantar pulang ke Myanmar
July 31, 2026, 8:31 am
