Berita Berita
PM ajak pengundi Negeri Sembilan ketepi perbezaan, kekal kestabilan pentadbiran
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Negeri Sembilan agar mengetepikan sebarang perbezaan sepanjang tempoh kempen dan bersama-sama mengekalkan kestabilan serta kesinambungan pentadbiran negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Menerusi satu hantaran video di Facebook hari ini, Perdana Menteri mengakui sepanjang tempoh berkempen, pelbagai pandangan telah dikemukakan dan tidak menolak kemungkinan wujudnya keterlanjuran kata daripada pihak yang bertanding.
"Saya percaya dalam proses itu ada keterlanjuran, jadi marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat kerana kita semua adalah rakyat Malaysia," katanya.
Anwar yang juga Presiden PKR turut mengajak seluruh rakyat Negeri Sembilan tanpa mengira kaum dan agama untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.
Beliau menegaskan bahawa sekiranya diberikan mandat sekali lagi, PH komited untuk meneruskan khidmat demi menjamin kestabilan serta memacu pertumbuhan ekonomi yang sejahtera untuk seluruh rakyat negeri itu bersama Kerajaan Persekutuan.
Seramai 859,750 pemilih biasa daripada keseluruhan 889,940 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian PRN Negeri Sembilan ke-16 esok.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 4:02 pm
Operasi tangkap anjing liar MBDK kecoh; individu dituduh halang tugas, ugut cederakan diri
July 31, 2026, 3:49 pm
Pemuda melecur pacuan empat roda terbakar di LPT2 ketika ke RXZ Members 8.0
July 31, 2026, 2:44 pm
PH nafi ganjaran wang untuk pengundi di PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 2:39 pm
Penunggang motosikal maut nahas di LPT 1 dalam perjalanan ke RXZ Members 8.0
July 31, 2026, 2:36 pm
Kajian IDE: 12 hingga 18 peratus pengundi atas pagar penentu PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 1:31 pm
MHO serah memorandum rayuan kemanusiaan kepada Taiwan, mohon kes Shah Iskandar diteliti
July 31, 2026, 1:03 pm
