Berita Berita
Pemuda melecur pacuan empat roda terbakar di LPT2 ketika ke RXZ Members 8.0
KEMAMAN, 31 Julai — Seorang pemuda berusia 21 tahun mengalami kecederaan melecur pada bahagian tangan dan kaki selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandunya terbakar di Kilometer 315 Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh, Pegawai Bomba Kanan I Wan Mohd Razilan Wan Saleh berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 pagi sebelum tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari Muar, Johor menuju ke Kuala Terengganu bagi menghadiri program RXZ Members 8.0.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan terbabit tiba-tiba terbakar menyebabkan mangsa melecur di tangan dan kaki ketika cuba keluar menyelamatkan diri.
"Seorang penumpang kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.
Wan Mohd Razilan memaklumkan bahawa kenderaan berkenaan musnah terbakar 100 peratus dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 5:21 pm
Malaysia perlu contohi China, MITI perhalusi cadangan capai sasaran 30,000 pengecas awam EV
July 31, 2026, 4:02 pm
Operasi tangkap anjing liar MBDK kecoh; individu dituduh halang tugas, ugut cederakan diri
July 31, 2026, 2:44 pm
PH nafi ganjaran wang untuk pengundi di PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 2:39 pm
Penunggang motosikal maut nahas di LPT 1 dalam perjalanan ke RXZ Members 8.0
July 31, 2026, 2:36 pm
Kajian IDE: 12 hingga 18 peratus pengundi atas pagar penentu PRN Negeri Sembilan
July 31, 2026, 2:24 pm
PM ajak pengundi Negeri Sembilan ketepi perbezaan, kekal kestabilan pentadbiran
July 31, 2026, 1:31 pm
